Tuesday, November 15, 2011

LAWATAN KE PUSAT OBSERVERTORY BUKIT MALUT LANGKAWI


Lawatan ke pusat observertori atau balai cerap negara di bawah Agensi Angkasa Negara telah diadakan pada 15 November lepas.


Banggunan Pusat Observertori Bukit Malut Langkawi


pelajar bergambar di hadapan pintu masuk utama




Pelajar begitu berminat sekali untuk melihat matahari melalui telesskop matahari


Solar teleskop bernilai RM 1.9 juta



Pelajar, guru dan petugas pusat observertori bergambar di hadapan Stellar Dome

Pada 14 nov Perpustakaan Desa Kampung Raja telah mengadakan program semarak jawi di perkarangan Masjid Lama Padang Matsirat berhampiran beras terbakar.  Antara agensi yang terlibat sama pada majlis tersebut ialah Hospital Langkawi, Agensi Anti dadah kebangsaan dan Jabatan
petahanan Awam. Tadika Al-Ikhsan telah dijemput menyertai program ini. Adik Ezatul Tasnim, Nurel Farhana dan Azzren Sofea telah menyertai pertandingan membaca. Johan pertandingan telah di raih oleh adik Ezatul Tasnim. 


Adik Nurel Farhana


Adik Azzren Sofea


Adik Ezzatul Tasnim Johan pertandingan.

Saturday, November 12, 2011


MAJLIS KONVOKESYEN 2011

Majlis konvokesyen bagi tahun 2011 kali ini diadakan di Komplek FAMA Padang Matsirat.


Foto bersama guru


Hadiah dan sijil tamat tadika untuk mereka


Persembahan dari semua pelajar


Jamuan makan tengahari selepas tamat majlis

Tuesday, October 25, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


Pada 25 Oct yang lepas Tadika telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi Airport Fire Rescue dan  HM Aerospace Cadet Pilot Training Centre  Padang Matsirat. Semua pelajar dan guru terlibat dalam lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk membuka minda kanak-kanak dan menimba pengalaman baru untuk para pelajar. Lawatan bermula pukul 9.30 pagi di Balai bomba Airport. Kanak-kanak amat teruja dengan lawatan ini. Tentu ini kali pertama mereka ke sini. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar-gambar terbaru sila clik facebook disebelah da add freind.

Friday, September 16, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011



Majlis sambutan Aidilfitri 2011 Tadika telah diadakan pada jumaat 16 sept
pukul 3.00 petang hingga 6.30 petang. Majlis di hadiri para waris dan keluarga.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran para jemaah masjid Al-Huda Padang Matsirat terdiri daripada Tuan Imam dan Ahli jawatankuasa masjid. 



Tuesday, August 9, 2011

PERTUKARAN NAMA TADIKA

  Mulai 1 ogos 2011 Tadika Cemerlang Gemilang Terbilang (CGT) sudah ditukarkan pada nama
 Tadika Al-Ikhsan Bestari. Segala urusan atas nama Tadika Cemerlang Gemilang Terbilang akan terus digunakan sehingga penghujung November 2011. Kini URL untuk Tadika  CGT iaitu tadikacmg.blogspot.com sudah dikeluarkan dan digantikan dengan alikhsanbestari.blogspot.com 


    

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


 Pada 7 julai yang lepas lawatan sambil belajar keTaman Agro Technology Park MARDI dan Underwater World langkawi telah diadakan. Semua pelajar terlibat dalam aktiviti ini. Lawatan bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir 3 petang. Kanak-kanak telah disajikan dengan chicken McD untuk makan tengahari.



Taman Agro Teknologi telah dibangunkan pada tahun 1990. Ia berfungsi sebagai pusat pemindahan teknologi dan penyebaran maklumat mengenai industri pertanian. Taman ini juga direka sebagai tempat eko-pelancongan bagi pengunjung ke Langkawi. Ia terletak di kawasan kejiranan Taman Rekreasi Lubuk Semilang dengan panorama yang indah di kawasan tadahan air hutan Gunung Raya.





Underwater World Langkawi merupakan salah satu taman laut yang terbesar dan aquaria air tawar di Asia Tenggara. Sejak memulakan operasi pada 26 Ogos 1995, ia telah menjadi salah satu mesti melawat destinasi pelancongan di Langkawi dan telah menarik sebilangan besar pelancong asing serta pelancong tempatan.

Konsep dan tema Underwater World Langkawi yang menjurus ke arah Pengetahuan, Pendidikan dan Hiburan. Ia dibina untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bentuk memelihara kehidupan kita yang amat bernilai akuatik, sekali gus mewujudkan pemahaman hubungan yang mendalam dan tidak boleh dipisahkan antara manusia dan alam.

Keunikan Underwater World Langkawi ialah terowong pejalan kaki raksaksa sepanjang 15 meter yang terdiri daripada 500,000 liter air laut yang menempatkan banyak ikan besar dan makhluk laut termasuk Penyu Green Giant.



Saturday, April 23, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURASUL 1432 HIJRAH


                                                  


Pada 26 Febuari 2011 yang lepas Tadika Cemerlang Gemilang Terbilang (CGT) telah berkerjasama dengan Perpustakaan Desa Kampung Raja dan Kelas Bina Insan Kampung Raja untuk menjayakan Majlis sambutan Maulidurasul. Majlis dimulakan dengan perarakan bermula di Masjid Padang Matsirat dan berakhir di Masjid Lama Kampung Raja Beras Terbakar. Majlis disertai oleh Kanak-kanak dari Tadika Kemas Padang Matsirat, pra-sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, Pelajar Kelas Bina Insan Kampung Raja dan Ibubapa. Turut dijemput bekas Timbalan Pegawai Daerah Langkawi Datuk Mansor Ismail untuk menyerikan majlis.