Sunday, October 11, 2009

fMASIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH TIDAK TAHU MEMBACA

       Beberapa tahun lepas , kementerian telah mendedahkan terdapat 162 000 orang pelajar masih tidak tahu membaca dan menulis. Menurut sumber 120 000 adalah murid sekolah rendah dan bakinya adalah sekolah menengah.  Jumlah pelajar sekolah rendah adalah murid tahun 2 hingga 6. 
       
         Kini mungkin jumlah ini sudah berkurangan tetapi ia masih lagi wujud.  Melihat pada angka ini sudah tentu membimbangkan ramai ibubapa. Kebolehan membaca dan menulis (2M)  amat penting bagi pelajar yang akan memasuki tahun dua.  Sekiranya mereka tidak menguasai 2M ini sudah tentu mereka akan ketinggalan banyak matapelajaran di dalam kelas. kini terdapat di sekolah kelas-kelas pemulihan untuk mendidik mereka yang tidak menguasai 2M.  Walaupun begitu adalah amat baik sekali jika mereka dapat menguasai 3M pada peringkat usia 6 tahun.


TADIKA CEMERLANG MENEKANKAN KONSEP 3M DENGAN MENGGUNAKAN BUKU CEPAT BACA KAEDAH FONETIK
BACALAH ANAKKU DAN READ EASY

Sejak mula ditubuhkan Tadika cemerlang telah menggunakan Kaedah FONETIK dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah Fonetik ialah satu kaedah cepat baca di mana menggabungkan bunyi huruf-huruf tanpa mengeja. Dengan kaedah ini kanak-kanak dapat membaca dengan pantas dalam masa tiga bulan. Mereka sangat menyukai dan teruja apabila kaedah ini diajar di dalam kelas.

Kaedah ini sangat berkesan untuk kanak-kanak diawal usia. Tadika Cemerlang menyarankan kepada ibu bapa yang mementingkan penguasaan membaca di awal usia supaya mendaftar di tadika Cemerlang. Sila klik video di bawah untuk lihat testimoni kaedah cepat baca menggunakan buku Bacalah Anakku dan Read Easy terbitan ReadNetwork.





Klik video penulis Bacalah Anakku dan Read Easy bersama Wardina
di dalam rancangan MHI TV3




  Sila klik di sini untuk lihat Testimoni pelajar Tadika Cemerlang..





kembali...

Saturday, October 10, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 telah diadakan pada 09 0ktober 2009 bersamaan 20 Syawal 1430.
Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama ibubapa. Tujuan majlis ini adalah untuk mengiratkan lagi tali silatul rahim antara keluarga pelajar dan warga Tadika Cemerlang. Hampir semua keluarga pelajar Tadika Cemerlang telah hadir bagi menjayakan majlis dan ini adalah salah satu dari majlis tahunan bagi Tadika Cemerlang.













kembali...