MALAM MAJLIS PERPISAHAN TADIKA CEMERLANG 2009
Jam 8.30 malam 19 novembar 2009 Majlis perpisahan telah diadakan di perkarangan Tadika Cemerlang.Semua waris telah hadir pada masjlis tersebut. Jamuan makan telah disediakan oleh semua waris. Terima Kasih kepada waris Luqman Haqim pemilik Restoran Jom Ikan Bakar kerana telah menyedia bebagai jenis lauk pauk. Setinggi ucapan terima kasih pada cik Fauzi yang menyediakan peralatan khemah, kerusi meja, ikan bakar dan kek, . Begitu juga Cik Rosli yang menyedikan buah-buahan. Tidak dilupakan juga waris Nurinsyirah yang menyediakan Ice Cream. Semua hadirin kelihatan gembira bercampur sedih kerana ada yang akan berpisah dari Tadika Cemerlang. Namun begitu walaupun anak mereka tidak lagi belajar di Tadika Cemerlang diharapkan mereka akan terus berhubungan dengan guru-guru Tadika Cemerlang.
Wednesday, November 25, 2009
Friday, November 20, 2009
MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2009
Jam 2.30 petang hari jumaat 13hb november 2009, bertempat di Dewan syifa Padang Matsirat telah berlangsung Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang Tadika Cemerlang Langkawi. Pengaraca majlis Puan Suhaila memulakan dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Aminudin bin Johari dan diikuti bacaan surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 10 oleh adik Mohd Afifi Akashah bin Adee Afende dan bacaan surah Al Ikhlas dan surah AnNas oleh adik Arash Nashran secara hafazan. Acara diteruskan dengan ucapan oleh Puan Fatin Hasmizal dan diikuti olah perasmian majlis oleh Encik Ahmad Fauzi bin Chik mewakili waris semua pelajar. Acara pertama persembahan kanak-kanak ialah pertandingan pertunjukan Fesyen diikuti dengan bacaan cerita oleh adik Nur farhanim berusia 5 tahun. Adik Nur Fahanim telah membaca dua buah cerita dengan begitu lancar sekali. Inilah satu bukti bahawa kaedah fonetik adalah kaedah cepat membaca yang berkesan. Nyanyian lagu fonik Abu Ada Ayam yang menjadi lagu asas belajar cepat membaca dipersembahkan ala boria menarik perhatian semua hadirin. Seterusnya diikuti dengan lagu inggeris are you sleeping, Ten Little Indian Boy dan If You Happy.
Muhd Luqman Haqim 6thn pembaca cerita kedua membaca dalam Bahasa Inggeris. Persembahan tarian lenggang kangkong dan badinding penyeri majlis.
PENERIMA ANUGERAH
Adik Anas Shahmin bin Ahmad Fauzi telah dianugerahkan sebagai Pelajar Harapan pada tahun 2008. Pada tahun ini 2009 telah mendapat anugerah Pelajar Cemerlang. Adik Justin Abraham unggun pula dianugerahkan sebagai Pelajar Harapan 2009. Adik Luqman Haqim Telah dianugerahkan Pelajar Fonik terbaik katergori 6 tahun. Adik Nur Farhanim bt Kahirol Nizam Pelajar Fonik Terbaik kategori 5 tahun sementara adik Ezzatul Tasnim Pelajar Fonik Terbaik kategori 4 tahun. Adik Ezzatul juga telah mendapat hadiah kehadiran penuh.
Adik Arif Nabihan telah mendapat Anugerah Khas kerana telah menamatkan pembelajaran selama tiga tahun di Tadika Cemerlang. Seterusnya Penyampaian hadiah untuk pertangdingan Fesyen. Cabutan bertuah juga diadakan kepada setiap waris keluarga.
.
Sunday, October 11, 2009
fMASIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH TIDAK TAHU MEMBACA
TADIKA CEMERLANG MENEKANKAN KONSEP 3M DENGAN MENGGUNAKAN BUKU CEPAT BACA KAEDAH FONETIK
BACALAH ANAKKU DAN READ EASY
Beberapa tahun lepas , kementerian telah mendedahkan terdapat 162 000 orang pelajar masih tidak tahu membaca dan menulis. Menurut sumber 120 000 adalah murid sekolah rendah dan bakinya adalah sekolah menengah. Jumlah pelajar sekolah rendah adalah murid tahun 2 hingga 6.
Kini mungkin jumlah ini sudah berkurangan tetapi ia masih lagi wujud. Melihat pada angka ini sudah tentu membimbangkan ramai ibubapa. Kebolehan membaca dan menulis (2M) amat penting bagi pelajar yang akan memasuki tahun dua. Sekiranya mereka tidak menguasai 2M ini sudah tentu mereka akan ketinggalan banyak matapelajaran di dalam kelas. kini terdapat di sekolah kelas-kelas pemulihan untuk mendidik mereka yang tidak menguasai 2M. Walaupun begitu adalah amat baik sekali jika mereka dapat menguasai 3M pada peringkat usia 6 tahun.
TADIKA CEMERLANG MENEKANKAN KONSEP 3M DENGAN MENGGUNAKAN BUKU CEPAT BACA KAEDAH FONETIK
BACALAH ANAKKU DAN READ EASY
Sejak mula ditubuhkan Tadika cemerlang telah menggunakan Kaedah FONETIK dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah Fonetik ialah satu kaedah cepat baca di mana menggabungkan bunyi huruf-huruf tanpa mengeja. Dengan kaedah ini kanak-kanak dapat membaca dengan pantas dalam masa tiga bulan. Mereka sangat menyukai dan teruja apabila kaedah ini diajar di dalam kelas.
Kaedah ini sangat berkesan untuk kanak-kanak diawal usia. Tadika Cemerlang menyarankan kepada ibu bapa yang mementingkan penguasaan membaca di awal usia supaya mendaftar di tadika Cemerlang. Sila klik video di bawah untuk lihat testimoni kaedah cepat baca menggunakan buku Bacalah Anakku dan Read Easy terbitan ReadNetwork.Klik video penulis Bacalah Anakku dan Read Easy bersama Wardina
di dalam rancangan MHI TV3
kembali...
Saturday, October 10, 2009
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 telah diadakan pada 09 0ktober 2009 bersamaan 20 Syawal 1430.
Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama ibubapa. Tujuan majlis ini adalah untuk mengiratkan lagi tali silatul rahim antara keluarga pelajar dan warga Tadika Cemerlang. Hampir semua keluarga pelajar Tadika Cemerlang telah hadir bagi menjayakan majlis dan ini adalah salah satu dari majlis tahunan bagi Tadika Cemerlang.
kembali...
Thursday, July 16, 2009
Teknik Didik Anak Membaca
Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy
Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca.
Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.
Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi.
Oleh itu ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil.
Pada awalnya, pilihlah buku yang mempunyai ilustrasi binatang seperti kucing, ikan, ayam dan sebagainya, objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat, dan sebagainya yang jelas, besar dan berwarna warni.Bercakaplah mengenai benda-benda di dalam buku tersebut seperti warna, bentuk, bunyi berkaitan dan kegunaannya. Namakan benda atau objek yang dilihat dengan sebutan yang jelas. Buku-buku yang interaktif dalam konteks ada bahagian gambar yang boleh ditarik, ditekan, diselak sangat menarik minat kanak-kanak supaya terlibat secara langsung dalam sesi membaca. Rangsang minat anak anda dengan menggalakkan mereka menarik, menekan, mencungkil dan menyentuh bahagian-bahagian tersebut. Jangan terlalu sayangkan buku sehingga mereka tidak dapat menyentuhnya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang akan menjadikan mereka lebih berminat dengan buku dan merangsang otak mereka.
Seterusnya dapatkan buku-buku nursery rhymes dengan kisah-kisah lama yang menarik dan penuh dengan hiburan dan pengajaran. Lagu-lagu yang dikaitkan dalam cerita-cerita ini dapat menarik minat mereka kepada buku dan seterusnya kepada cerita-cerita yang berlagu ini.Beberapa cadangan berikut mungkin dapat membantu anda menarik minat mereka kepada buku.
1. Adakan sesi membaca bersama-sama. Bacakan buku sambil mendakap mereka.
2. Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang yang dilihat dengan bersungguh-sungguh dan 'real'.
3. Libatkan aksi dan pergerakan , contohnya menggerakkan tangan seperti belalai gajah apabila bercerita.
4. Tanyakan soalan-soalan seperti berikut:
1. eh besarnya bola ini. Ani suka bola?
2. Yang mana satu sudu yang Amir suka?
3. Apa yang warna biru tu?
4. Apa jadi selepas ini?
5. Bercerita dengan bahasa yang mudah. Contohnya: " Ini kucing. Bunyi kucing 'meow' 'meow' 'meow'. Kucing suka makan ikan"
6. Untuk sesi membaca atau bercerita bersama, lakukan beberapa cadangan berikut:
1. minta anak anda mencari muka surat pertama atau permulaan cerita.
2. sambil membaca, tunjukkan teks perkataan yang dibacakan. Ini akan membantu anak itu memahami arah pergerakan apabila membaca dan memahami secara tidak langsung bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan, bukan hanya gambar-gambar.
3. minta anak anda membalikkan muka surat untuk anda.
4. tokok tambahkan cerita yang dibacakan dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham.
5. tanyakan kepada mereka apa yang terjadi selepas ini.
6. apabila mereka telah biasa dengan cerita yang dibacakan, minta mereka ceritakan kembali cerita tersebut.
Apabila kanak-kanak sudah mula jinak dengan buku-buku cerita atau buku gambar, anak anda mungkin telah bersedia untuk diperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak anda. Oleh itu sambil anda membacakan cerita tersebut, terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat yang ada pada teks yang dibacakan. Contohnya 'a', anda boleh menyebut:
"Ah, cuba lihat ini. Ini bunyinya 'aaa' (untuk huruf 'a')"
"Yang ini pula 'beh' (untuk huruf 'b')"
Pastikan anda tidak memperkenalkan huruf yang dilihat itu dengan namanya, iaitu 'ei' bagi huruf 'a', atau 'bi' bagi huruf 'b'. Kanak-kanak hanya perlu diperkenalkan dengan bunyi huruf sahaja iaitu 'aa' (untuk 'a') dan 'beh' (untuk 'b') kerana nama-nama huruf tidak ada makna bagi seorang kanak-kanak kecil. Bahkan mengajar nama-nama huruf, bagi seorang penulis buku, Professor Robert K. Logan dalam bukunya, The Alphabet Effect, mengatakan 'teaching a,b,c is the first road block to reading.'
Saturday, July 4, 2009
LAWATAN KE PERPUSTAKAAN
Pada hari rabu 1 Julai 09 yang lepas pihak tadika telah mengadakan lawatan ke perpustakaan desa Masjid Kampung Raja Padang Matsirat. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai fungsi atau kegunaan perpustakaan kepada masyarakat terutama kepada pelajar.
Perpustakaan Desa Kampung Raja terletak di dalam kawasan Masjid Lama Padang Matsirat dan berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong yang datang ke Pulau Langkawi iaitu Beras Terbakar.
Pengawasan Perpustakaan Desa Kampung Raja adalah di bawah tanggungjawab pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Perpustakaan desa ini diuruskan oleh Penlong Pegawai Perpustakaan dan Pemnbantu Perpustakaan . Satu jawatan kuasa kecil yang terdiri daripada penduduk setempat serta petugas perpustakaan juga ditubuhkan. Keahlian perpustakaan desa adalah PERCUMA.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pinjaman buku, rujukan , computer ( mesin pengimbas dan pencetak) dan bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar langganan harian (Utusan Malaysia dan The Star). Masa beroperasi ialah pada hari ahad hingga khamis dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Hari jumaat dan sabtu serta hari cuti umum ditutup.
Semasa sesi lawatan ini berlangsung pihak perpustakaan telah mengadakan beberapa aktiviti khas untuk murid-murid. Antara aktiviti yang telah di jalankan ialah “seni catan”, sesi uji minda “jom teka” dan jom kreatif “membuat origami mini kemeja”. Di akhir sesi lawatan ini, pelajar telah telah diberi hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan dari pihak perpustakaan.
kembali....
Thursday, July 2, 2009
Cara-cara Merangsang Minat Membaca
Ibu bapa profesional sentiasa merangsang minat membaca. Sewaktu tiga tahun pertama usia anak, otak berkembang dengan pesat dan mampu menyerap dengan mudah apa sahaja rangsangan yang diterima.
Peluang ini harus digunakan dengan bijak oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak dan mengajar mereka sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran membaca.
Kebolehan membaca merupakan rangsangan yang amat bererti untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak.
Namun dalam ghairah merangsang intelektual anak-anak, ibu bapa harus peka kepada keinginan dan minat anak pada waktu itu.
Paksaan dan rangsangan yang terlalu banyak mungkin akan membosankan dan membebankan anak.
* * * * * *
Perkara pokok yang perlu dititikberatkan adalah menanamkan minat. Menanam minat membaca boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan seharusnya dibuat dengan penuh kesabaran tanpa paksaan.
Antara cara menanam minat membaca ialah:
Sewaktu hamil, eloklah ibu membaca al-Qur’an atau berzikir dan diperdengarkan kepada janin.
Melapangkan sedikit masa untuk mengajar anak. Masa tersebut perlu diisi dengan aktiviti yang berkualiti. Contoh aktiviti: Tuliskan satu perkataan ringkas dengan besar dan berwarna. Bacakan dan eja dengan jelas dan penuh kasih sayang. Atau gunakan kad bergambar (flash card) dan diikuti dengan tulisan. Tunjukkan kepada anak gambar, kemudian eja perkataan atau maklumat berkenaan gambar tersebut.
Semasa di dalam kenderaan, bacakan atau baca bersama-sama anak-anak nama-nama jalan, nombor plet kereta di hadapan, papan tanda iklan dan sebagainya.
Tunjukkan contoh teladan iaitu ibu bapa seharusnya menunjukkan minat membaca dengan cara selalu membaca di hadapan anak.
Semasa ibu atau ayah membaca, letakkan anak yang masih bayi di pangkuan dan bacalah dengan suara yang agak kuat.
Sentiasa membawa anak ke medan ilmu seperti ke pesta buku, pameran buku, ke kedai buku, ke perpustakaan dan seumpamanya.
Jika bercadang memberikan hadiah, belilah hadiah buku seperti buku cerita, ensaiklopedia, kamus, buku bergambar dan sebagainya.
Membiarkan anak bermain dan ‘bergaul’ dengan buku. Jangan membeli buku tetapi disimpan di dalam almari sahaja.
Menyediakan peruntukan kewangan atau tabung untuk membeli dan menyediakan bahan-bahan bacaan, termasuk langganan majalah kanak-kanak dan menyediakan perpustakaan di rumah.
Jangan memarahi anak kecil yang bermain dengan buku-buku anda. Sebaliknya buku-buku perlu diletakkan pada tempat yang mudah diambil oleh anak.
Membacakan buku cerita dan kisah-kisah nasihat kepada anak. Contohnya sewaktu minum petang atau sebelum tidur. Aktiviti ini boleh dimulakan seawalnya apabila anak telah berusia 6 bulan.
Menyediakan tempat khas supaya anak boleh mengambil dan menyimpan sendiri buku. Boleh juga disediakan beg atau bakul khas supaya anak boleh membawa buku ke mana sahaja terutamanya semasa perjalanan jauh.
Membiasakan membeli buku jika anak meragam sebagai menggantikan mainan untuk mententeramkannya.
Sentiasa memberi pujian dan penghargaan kepada usaha-usaha dan pencapaian anak untuk membaca.
Petikan dari “Mendidik Anak Pintar Cerdas” tulisan Dr Hasan Hj Mohd Ali,
kembali....
Monday, June 29, 2009
Mengajar anak membaca awal - Kepentingan membaca awal (Bhgn 1)
“Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana pulak tu?” Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca surat khabar pada usia 4 tahun.
Heboh juga satu negara dibuatnya sambil berbangga dengan pencapaiannya. Saya masih teringat lagi pada masa itu saya baru bersekolah dan baru pandai sikit-sikit mengeja apabila membaca. Dapat membaca awal pada usia yang muda pada masa itu masih ‘taboo’ dalam masyarakat kita. Sehingga 30 tahun kemudiannya, keinginan untuk melihat anak-anak dapat membaca sebelum bersekolah rendah masih tersangat kurang. Takut nanti bila bersekolah tak nak belajarlah, boringlah, sebab dah pandai dan macam-macam alasan lain.
Tetapi hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri. Segalanya berubah sekarang. Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca.
‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’. Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis. Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya. Ada seorang ibu baru menyedari anaknya yang berusia 14 tahun tidak dapat membaca! Selepas 8 tahun bersekolah, hari ini baru menyedarinya. Jadi apakah ini salah dirinya atau kurang prihatinnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya? Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu bapa hari ini mengajar anak-anaknya membaca pada usia awal lagi.
Bagaimana caranya?
1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:
1. Penggunaan bahasa yang baik. Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan. Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.RN
(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy
kembali....
Subscribe to:
Posts (Atom)